14 - 25 Januari 2020 International Maritime Organization (IMO), London.
Persidangan Jawatankuasa Kerja NCSR 7 ini merupakan sesi bagi membincangkan isu teknikal yang berkaitan aspek navigasi, komunikasi maritim serta isu teknikal berkaitan tugas mencari dan menyelamat (Search and Rescue). Antara perkara yang telah dibincangkan yang mempunyai kepentingan kepada negara adalah berkenaan pindaan kepada Resolusi A.857(20) – Guidelines for Vessel Traffic Services, pindaan Resolusi A.949(23) - Revision of The Guidelines On Places of Refuge for Ships In Need Of Assistance, perbincangan berkaitan pindaan bagi SOLAS Chapters III And IV For Modernization Of The Global Maritime Distress And Safety System (GMDSS) dan perbincangan berkaitan pemurnian prosedur mencari dan menyelamat antarabangsa terutamanya berkaitan operator GMDSS.
Selain itu, pengiktirafan bagi Japanese Regional Navigation Satellite System Quasi-Zenith Satellite System (QZSS) dan Indian Regional Navigation Satellite System (IRNSS) bagi kegunaan maritim juga dibincangkan semasa NCSR 7 ini. Perkara berkaitan pindaan alur keselamatan pelayaran dan Traffic Separation Scheme (TSS) di Australia, Norway dan Poland juga dibincangkan bagi pemakluman industri maritim khususnya.
Malaysia telah menghantar wakil bagi setiap Jawatankuasa Kerja bagi Navigasi, Komunikasi Maritim dan SAR yang disertai Jabatan Laut Malaysia (JLM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan beberapa wakil industri maritim sebagai pemerhati. Beberapa keputusan perbincangan tenikal semasa sesi NCSR 7 ini seterusnya akan diangkat bagi tujuan kelulusan pada persidangan utama Maritime Safety Committee (MSC) sesi ke 102.




