Previous Next

KEHADIRAN KE MESYUARAT ANTARABANGSA ASIA-PACIFIC TELECOMMUNITY CONFERENCE PREPARATORY GROUP FOR WRC-23 (APG23-4)

15 August 2022 - 20 August 2022, Bangkok, Thailand
 
World Radiocommunication Conference (WRC) atau Persidangan Radio Komunikasi Sedunia ialah “treaty-level forum” yang dianjurkan oleh International Telecommunication Union (ITU) berlangsung setiap tiga atau empat tahun. Objektif WRC adalah untuk menyemak, mengemaskini dan mengkaji semula ITU Radio Regulations (RR). RR ialah satu perjanjian antarabangsa yang mentadbir penggunaan:
• spektrum frekuensi radio
• orbit satelit geopegun (geostationary)
• orbit satelit bukan geopegun (non-geostationary)
 
Penggubahan terhadap kandungan RR akan menghasilkan keperluan untuk menggubah/ atau mengemaskini Pelan Spektrum Malaysia dan kemungkinan perubahan kepada dasar, teknikal, operasi dan perkara kawal selia yang boleh menjejaskan peruntukan kepada lebih 40 perkhidmatan komunikasi radio untuk menggunakan spektrum frekuensi radio dan orbit satelit.
Diperingkat rantau Asia Pasifik, Asia Pacific Telecommunity (APT) bertanggungjawab mengkoordinasi input pandangan daripada ahli – ahli APT dan seterusnya membangunkan pandangan bersama negara – negara anggota APT. Untuk itu, satu jawatankuasa kerja telah dibentuk iaitu APT Conference Preparatory Group for WRC-23 (APG-23).
Mesyuarat keempat APG-23 (APG23-4) ini merupakan sesi bagi menyemak keputusan mesyuarat kedua APG-23 (APG23-3), mengemaskini pandangan awal APT tentang WRC-23 berdasarkan sumbangan input daripada negara – negara anggota APT, mempertimbangkan perkembangan dalam Kumpulan-Kumpulan Kajian ITU-R berhubung dengan agenda- agenda WRC-23, dan mengambil tindakan yang perlu mengikut kesesuaian.
 
Selain itu, persidangan ini mengkaji semula aktiviti pertubuhan serantau yang lain, khususnya, pandangan/kedudukan awal mereka dengan tujuan untuk memupuk kerjasama antara wilayah dan mengkaji semula isu-isu daripada Radio Assembly 2023 (RA-23) dan membangunkan pandangan awal dari negara – negara anggota APT.
Bagi isu-isu berkaitan perkhidmatan Maritim, Malaysia diwakili oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan serta wakil daripada industri iaitu Greenfinder Sdn. Bhd.
Keputusan perbincangan teknikal semasa sesi-sesi perbincangan APG23 ini seterusnya akan diangkat bagi tujuan kelulusan pada persidangan utama World Radiocommunication Conference 2023 (WRC-23) yang dijadualkan akan berlangsung pada 20 November 2023 hingga 15 Disember 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sebagai maklumat tambahan, diperingkat domestik suatu kumpulan kerja telah ditubuhkan iaitu Kumpulan Kerja Persediaan Kebangsaan bagi Persidangan Radio Komunikasi Sedunia atau NPWG. Peranan utama NPWG adalah untuk membangunkan kedudukan Malaysia ke atas agenda-agenda WRC. Keanggotaan NPWG merangkumi wakil-wakil daripada industri, agensi kerajaan dan pengguna spektrum frekuensi radio. Greenfinder Sdn. Bhd. merupakan ahli NPWG.
Maklumat berkaitan perkara – perkara di atas boleh dicapai melalui pautan berikut:

Print   Email

Related Articles