Previous Next

SAMBUTAN HARI BANTUAN PELAYARAN MARITIM SEDUNIA 2023 (WATON DAY 2023)

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Laut Malaysia dengan tujuan untuk mendekati masyarakat serta memberi pemahaman tentang peranan Jabatan Laut Malaysia dalam pengawasan sektor perkapalan.
 
Selaras dengan itu, Syarikat GreenFinder Sdn. Bhd. turut serta dalam Pameran ini sebagai bentuk sokongan kepada Jabatan Laut Malaysia.
 
Semasa Pameran ini berlangsung, pihak syarikat telah mengadakan satu permainan yang diberi nama 'Reka Kapal Kertas,' di mana peserta dikehendaki mencipta kapal menggunakan kertas dan pita pelikat, dan boleh menampung beban yang telah disediakan. Kapal yang mampu menahan beban tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.

Print   Email

Related Articles