Previous Next

SAMBUTAN 50 TAHUN MALAYSIA - IMO DIHOSKAN OLEH MENTERI PENGANGKUTAN

KUALA LUMPUR, 10 November 2021: YB Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong telah menjadi hos bagi Majlis Sambutan 50 Tahun Malaysia - Pertubuhan Maritim Antarabangsa Malaysia (IMO) yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Majlis makan malam ini turut dihadiri oleh duta-duta dan wakil dari lebih 55 buah negara anggota IMO, bagi meraikan Ulang Tahun ke-50 Malaysia secara rasmi menyertai IMO sebagai Negara Anggota. Malaysia telah menyertai Konvensyen IMO pada 12 Jun 1971 dan menjadi Negara Anggota rasmi IMO yang ke-69.
 
Sehingga kini, Malaysia telah menyertai sebanyak 26 daripada keseluruhan 58 Konvensyen IMO, demi memastikan kedaulatan, keselamatan perkapalan serta perlindungan alam sekitar diutamakan di peringkat tempatan dan serantau.

Print   Email

Related Articles